Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Bilik Tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Bilik Tidur. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Ogos 2014

Tips Mengemas Bilik Tidur


Mengemas bilik tidur? alahai kalau hari bekerja memang susah nak kemas? bangun tidur terus mandi dan pergi kerja..memang tak sempat nak kemas apatah lagi nak kemaskan katil..kalau ada bibik kan senang..tapi bagaimana yang tak ada bibik..kitalah yang kena kemas sendiri. Di sini saya bagi tips supaya bilik kita sentiasa bersih dan kemas sentiasa.

Barang-barang yang perlu sebelum kerja membersih dilakukan:
 

Bakul sampah/beg sampah
Vakum/penyedut habuk
penyapu
tuala lembap
baldi dan air
pemyembur atau air pencuci
sarung tangan getah
penyegar bilik




Langkah -langkah mengemas bilik


1. Kenalpasti barang-barang mengikut jenis-jenis, seperti seluar baju, buku, alat tulis, sampah sarap, bahan yang tak perlu dan sebagainya dan bersihkan mengikut kategori barang2 tadi.


2.Tumpukan pada satu sudut pada satu masa, ini akan memudahkan kerja dan lebih tersusun. Siapkan satu sudut dahulu sebelum beralih ke ruang lain pula.
(memang kita rasa nak cepat buat atau nak sudahkan mengemas bilik..sampai tak tau nak mula kat mana dulu..apabila semangat nak mengemas tu datang dlm diri :)  ) semua nak buat sekali gus.

Anda boleh tumpukan pada kerja kerja yang dirasa perlu dan penting terlebih dulu, contohnya membersih dan longgokan baju atau pakaian kemudian beralih kepada benda yang lebih kecil seperti mengemas barang barang kecil yang bertabur di dalam bilik. 

3. Boleh tetapkan masa pukul berapa anda perlu sudahkan setiap kerja membersih dan mengemas.

4. Bersih atau kemaskan cadar katil, jika perlu, salinlah cadar yang lama dan berbau. Buang segala barang atau sampah yang memberi bau busuk di dalam bilik.

Cadangan : Semua baju kotor di letakkan di ruang dobi di luar bilik supaya bilik kita tidak berbau hapak. 
wujudkan ruang di dalam bilik . Ruang membaca untuk buku2, alatulis dan segala yang berkaitan dengan fail dsb. Almari di dalam bilik , diletakkan didalamnya tuala mandi, cadar, sarung bantal , koleksi beg tangan dan perhiasan diri.

5. Sediakan vakum atau penyedut habuk, sapu dan lap habuk di dalam bilik, pastikan tingkap dibuka.
Tutup dulu kipas supaya habuk tidak beterbangan.

Lap dan buang dahulu habuk habuk di kipas atau habuk di bahagian atas ruangan bilik sebelum anda membersihkan bahagian lantai.
* Gunakan tuala atau kain lembap supaya habuk tidak beterbangan di dalam bilik.

6. Sembur penyegar bilik, pewangi aroma atau titiskan pewangi aroma di atas mentol lampu tidur, supaya haruman dikeluarkan semasa lampu tidur dibuka. Bilik akan lebih wangi dan segar.


Sentiasa pastikan bilik anda bersih , beberapa tip boleh dilaksanakan

Sebagai rutin harian dan ia tidak membebankan atau memenatkan diri sepanjang masa..contohnya:



1.Sediakan bakul sampah supaya anda tidak membuang sampah merata-rata.

2.Letak buku di rak yang disediakan, letak alat tulis dan pen di dalam bekas khas.

3.Simpan benda benda kecil seperti pin, pemadam, pelekat dan lain-lain di tempat khas.

4.Simpan barang barang yang kerap diguna di tempat yang mudah dicari dan simpan lah barang yang jarang diguna di tempat lain.
5.Jadikan lah semua tip tup ni sebagai rutin harian supaya ia tidak memenatkan diri setiap masa atau setiap hujung minggu.


Selamat mengemas : )

Isnin, 11 Ogos 2014

Pilihan Warna Bilik Tidur Dan Kesihatan



“Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningka.an peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membua.an anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… ..!

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di
dalam badan.

Nota: Allah mentadbir dunia ini dengan sunnahtullah (mengikut hukum asbab) namun janganlah kita lupa tentang segala yang berlaku adalah dengan kudratNya. ”

Ahad, 10 Ogos 2014

Tips Pemilihan Cadar



Tempat tidur adalah salah satu "tempat" yang nyaman untuk beristirahat, tidur dan santai. Untuk menciptakan suasana kenyamanan pada kamar tidur anda dan juga kenyamanan ketika anda berisitirahat, sebaiknya anda mempertimbangkan hal-hal berikut untuk memilih cadar dan bedcover.


  1. Cadar  mencerminkan karakter kita, maka dari itu pilihlah motif yang sesuai dengan karakter kita misalnya  kita adalah seorang yang periang, maka biasanya kiata harus  memilih cadar yang bermotif warna-warni. Atau misalnya anda adalah seseorang dengan  yang tenang, biasanya anda harus  memilih warna-warna yang bermotif neutral.
  2. Motif Warna Warni
    Motif Neutral



  3.  Pilihlah jenis kain yang sesuai .biasanya kain cotton amat sesuai dengan pelbagai keadaan kecuali sekiranya bilik anda mempunyai aircond bolehlah memilih cadar jenis satin.
  4.  Pilihlah warna dan motif yang sesuai dengan kamar tidur anda, misal kamar anda berukuran 3x3 m, kurang sesuai untuk menggunakan cadar  dan bedcover dengan corak yang besar,Ini kerana akan membuat kamar anda seolah-olah menjadi sempit. Maka pilihlah motif yang neutral atau warna kosong, kerana  cadar jenis kosong  akan membuat kamar anda menjadi lebih luas   
    Motif Kosong
  5.  Jika anda ingikan  dengan cadar seperti hotel, maka king koil akan menjadi pilihan utama anda.
  6.  Ingin membuat kamar anak anda ceria, anda bisa memilih cadar bermotif  karektar kartun atau motif pasukan bola sepak mengikut kesukaannya.
  7.  Jika anda inginkan cadar yang nampal elegan dan mewah bolehlah menggunakan cadar satin