Sabtu, 18 September 2021
Khamis, 2 September 2021
Duit ( Money)
Duit? pentingkah duit ni untuk kita...ramai cakap tak ada duit susah hidup.Duit buat orang boleh jadi gila.Duit boleh buat tertekan..duit boleh buat nafsu membeli berkobar2 ..tanpa duit manusia boleh hidup tak.Bila banyak duit, nafsu menjadi-jadi..tak sayang duit..beli macam-macam ikut kehendak kita. Tak de duit..nafsu kena sekat.nak beli apa2 tak dapat..stress.....
Kalau nak DUIT kenalah lakukan perkara2 berikut....
1) Doa - berdoalah kepada ALLAH s.w.t.
2) Usaha - berusahalah dengan bersungguh-sungguh mendapatkan apa yang diinginkan.
3) Istiqamah - hendaklah berdoa dan berusaha dengan istiqamah.
4) Tawakkal - setelah berdoa dan berusaha dengan istiqamah, hendaklah bertawakkal
(berserah diri) kepada Allah.
Walau bagaimana pun, duit bukanlah segala2nya dalam kehidupan kita. Ia hanyalah alat untuk mendapatkan apa yang kita ingini.
Ramai orang nak duit,,,mesti cari duit..bila dah dapat duit..ramai tak tahu nak urus duit..sebagai seorang muslim, carilah duit dengan jalan HALAL.macam mana nak duit kita cari ni berkat ....
1) CUCI DUIT
- dah dapat gaji, kita mesti bagi dulu kepada ibu bapa kita walaupun sedikit
- Bayar Zakat >>>simpan sikit duit kita untuk bayar zakat.
2) LINDUNG DUIT
- Simpan duit kita dalam tabung ketenangan ( kecemasan)
- kalau boleh simpanan duit kita itu untuk hal-hal kecemasan sahaja.
- simpan dalam bank yang susah nak ambil duit..pakai buku jer..pakai ATM kad dan banking online cepat habis. 1 bank jadilah..Tabung Haji boleh jugak.
3) GANDA DUIT
- beli saham, ASB , emas dll untuk gandakan duit kita. ( nanti kita bincang kemudian)
4) AGIH DUIT
- Mesti pandai berjimat dan berbelanja.Jangan ikut nafsu jer..kena pandai berjimat.contohnya makanan, dan pembelian aset.
Isnin, 23 Ogos 2021
Bertahan Selagi Boleh
Dalam kita menyediakan persiapan untuk masa yang akan datang, kita juga perlu belajar untuk menyelamatkan diri dalam situasi apa jua keadaan...
perkara yang perlu kita titikberatkan adalah persiapan kita dalam mempertahankan mental dan fizikal kita.
Jangan kita lupakan juga persiapan kita kepada anak-anak kita...kita sebagai ibu bapa perlu persiapkan anak kita dalam pelbagai situasi yang akan datang.
Kita mesti melindungi diri dan keluarga kita daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kita.janganlah kita hanya berserah dan berpeluk tubuh..mulakan dari sekarang.
Pada zaman sekarang, kita perlu bersiap sedia menghadapi cabaran fitnah dajjal akhir zaman dan tidak mustahil kita dan anak-anak kita bakal berdepan dengan fitnah dajjal ini.
Perkara yang perlu kita pelajari dari sekarang adalah BERKUDA,MEMANAH dan SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT).
Kenapa?
Berkuda merupakan salah satu cabang pertahanan yang amat dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Apabila bergabung dangan memanah. ,maka ia menjadi disiplin seni bela diri yang tertinggi sekali.Silat pula, dapat meningkatkan jati diri kita dan anak-anak terutama mental dan fizikal.
nanti saya cerita lagi yer.....bye..Assalamualaikum.
Khamis, 19 Ogos 2021
Hidup Bersederhana
Dalam zaman yang tidak menentu ini...rasanya perlu ke kita fikir untuk mendiami atau menyediakan rumah di luar bandar?..adakah di bandar selamat untuk kita sekiranya berlaku apa-apa bencana.
Untuk menyediakan tempat yang selamat , kita memerlukan rumah kedua untuk kita diami..kita dah boleh sedia dari sekarang.
Kita memerlukan tempat tinggal di luar bandar juga untuk bertahan dalam apa sahaja situasi yang bakal mendatang..kalau boleh carilah tempat tinggal berdekatan dengan banjaran titiwangsa.Kawasan yang di luar bandar itu mestilah berada di tempat tinggi , jauh dari bandar dan kita memerlukan bunker atau bilik bawah tanah untuk penyimpanan makanan serta tujuan keselamatan.kalau negara mat saleh dah lama diorang fikir tentang ini.
tempat yang kita hendak diami, kalau boleh biarlah tanah yang luas untuk kita bercucuk tanam dan menternak supaya kita tidak bergantung pada makanan yang sedia ada..nanti lama-lama akan habis.
nanti saya cerita lebih lanjut...bye.
Isnin, 16 Ogos 2021
Kepentingan Air
Kenapa air sangat penting?
Manusia boleh hidup sekurang-kurangnya 3 hari TANPA AIR. begitu juga dengan tumbuhan dan haiwan.Semuanya memerlukan air.
Pada akhir zaman ini, AIR amat penting.Pada kehidupan harian biasa kita , banyak kegunaan air diperlukan..Tetapi kita perasan tak..bila air selalu ada..banyak pembaziran berlaku. kita suka membazir air seperti mandi terlalu lama,membasuh pinggan terlalu banyak dan kegunaan lain tanpa kita sedari..kalau tengok bil bulanan air..taklah banyak sangat bayarannya kan..tapi kita leka..pada masa akan datang..air akan menjadi terlalu penting. kita boleh minum, kita tak boleh basuh, kita tak boleh siram pokok dan kita tak boleh bersuci gunakan air..air akan menjadi terhad...
Apakah persediaan kita menghadapi keadaan ini...
Terdapat 3 sumber air utama yang perlu kita ketahui :
1) 1/3 dari langit
2) 1/3 dari daratan
3) 1/3 dari bawah tanah
INGATLAH!!!!.Pada akhir zaman nanti, 2/3 air akan hilang..kita akan mengalami kemarau yang teruk. Hujan tiada, Air di darat tiada...yang ada adalah air di bawah tanah..bersediakan kita ?
Sabtu, 14 Ogos 2021
PERSEDIAAN MAKANAN JANGKA PANJANG
Pada zaman yang tidak menentu sekarang, membuatkan kita sedikit takut dengan apa yang berlaku.kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang...tidak mustahil selepas ini akan berlaku pemutusan makanan...
Sebagai seorang muslim, marilah kita mengamalkan bersiap sedia untuk penyimpanan makanan dalam jangka panjang .
Senarai makanan yang boleh disimpan dalam jangka panjang :
1) Kurma
2) Madu
3) Habatussauda
4) Zaitun
5) Kismis
6) Minyak Kelapa Dara
7) Buah Tin
8) Buah-Buahan kering
9) Rempah Ratus
10) Kekacang
11) Beras
12) Tepung
13) Gula dan Garam
14) Pasta
15) Telur
16) Salaian
17) Makanan dalam Tin
18) Biskut
19) Bijirin
20) Cuka
21) Makanan Kering
BERSIAP SEDIA SEBELUM TERLAMBAT!!!!!!!
Jumaat, 13 Ogos 2021
BUG OUT BAG
BUG OUT BAG????
Sekiranya berlaku kecemasan tidak diduga? apa kita perlu buat? tiba-tiba gempa bumi, banjir besar, terputus bekalan makanan atau bencana yang lain? apakah persediaan kita? takkan masa itu baru kita nak ambil tahu dan ambil tindakan....takutnya bila berlaku macam ni..
apa itu BUG OUT BAG?
Satu bag yang diperlukan untuk kita simpan semua perkakasan kecemasan dalam 1 bag.Bag yang digunakan tidak perlu bag seperti bag tentera..bag biasa pun ok..tapi boleh simpan pelbagai alat kecemasan kita....Bag ini mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika evacuation dr pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Ciri-ciri bag
1) Kuat jahitan
2) Tahan lasak
3) Kalis air
Nanti saya akan bagi checklist apa yang perlu ada di dalam BUG OUT BAG...:)
Khamis, 12 Ogos 2021
1) MEMANAH
Assalamualaikum semua,
Memanah adalah salah satu persediaan Fizikal yang di sarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kenapa memanah?
1. Sunnah Rasullah S.A.W
2. Riadah yang terbaik untuk fizikal dan mental kita
3. Zikrullah
4. Baik untuk otak, jantung dan paru-paru kita
5. Menghasilkan hormon serotonin apabila kita memanah
6. Pengubat stress dan imun tubuh badan kita
7. Membuatkan kita mempunyai mood gembira
