Isnin, 4 Ogos 2014

Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

Alamak...anakanda tidak mahu ke sekolah? . risau rasenya. terpaksalah ikut ibu sementara waktu..kerana dia ni masih syok bercuti..maklumlah cuti seminggu baru-baru ini...aisey...mari cuba langkah ini..manalah tahu berkesan..

Apa sebab-sebabnya?
Apakah maksud (meaning of the behaviour) di sebalik keengganan ke sekolah? Cuba fahami apa agaknya sebab dan meaning of the behaviour yang cuba disampaikan oleh anak?

Sekolah:
Dibuli di sekolah, kerja sekolah yang banyak, guru yang garang, atau kawan-kawan, dan lain-lain. Ibubapa boleh bertanya dan berbincang dengan cikgu atau kawan-kawan di sekolah untuk mengetahui tentang anak di sekolah.

Rumah:
Adakah terdapat apa-apa perubahan di rumah? Kadangkala anak nak duduk rumah kerana mahu ‘melindungi’ ahli keluarga (terutamanya ibu). Ia boleh berlaku jika ahli keluarga sakit, atau ada krisis di rumah. Contohnya pertengkaran kecil antara ibubapa, walaupun pertengkaran kecil, tetapi kanak-kanak boleh melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.
Ada 4 sebab utama kenapa anak tidak mahu ke sekolah: Kearney and Silverman (1999) 
1.      Untuk mengelakkan emosi  tertentu (anxiety, takut, risau)
2.      Untuk mengelakkan situasi tertentu (peperiksaan, dan sebagainya)
3.      Untuk mendapatkan perhatian (terutamanya anak yang kecil, yang mempunyai separation anxiety)
4.      Untuk melakukan aktiviti tertentu (menonton tv, bermain video games).
Ibubapa perlu cuba dapatkan pola/ pattern kelakuan tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?

Bagaimana membantu anak anda?
  1. Cari punca/ sebab. Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak selalu sukar bercerita secara lisan mengenai apa yang dirisaukan, terutama kalau ditanya ‘kenapa tak nak pergi sekolah?’. Tetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Dari lukisan, kanak-kanak akan ‘bercerita’.
  2. Talk to your child. Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Ini membantu.
  3. Tekankan aspek-aspek positif sekolah: boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan,  subjek kegemaran dan sebagainya.
  4. Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Work together, not against each other. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah  bagaimana untuk menangani buli di sekolah.
  5. Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah.
  6. Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.
  7. Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang welcoming, engaging. Ini membantu pelajar merasa connected kepada sekolah dan guru.
  8. Kenalpasti satu tempat selamat safe place di sekolah (seperti di pusat sumber, di bilik kaunselor). Anak yang merasa sangat stressed atau overwhelmed boleh menggunakan safe place tersebut.
  9. Buat perancangan bersama guru untuk membenarkan anak ke sekolah secara berkala (progressive reentry).
10. Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English,  masa rehat, baru boleh rehat.

11. Mulakan ‘reward system’ seperti ‘Star Chart’. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.

12. Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan.

 LANGKAH-LANGKAH LAIN

Antara langkah yang boleh kita lakukan dalam menangani masalah anak tidak mahu ke sekolah adalah:

1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..

2.  Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.

3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.

4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.

5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas contohnya. Oleh itu belikan mereka pakaian dan tudung yang selesa dipakai.Perlu tudung yang sesuai.

7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan