Isnin, 23 Ogos 2021

Bertahan Selagi Boleh

 Dalam kita menyediakan persiapan untuk masa yang akan datang, kita juga perlu belajar untuk menyelamatkan diri dalam situasi apa jua keadaan...

perkara yang perlu kita titikberatkan adalah persiapan kita dalam mempertahankan mental dan fizikal kita.

Jangan kita lupakan juga persiapan kita kepada anak-anak kita...kita sebagai ibu bapa perlu persiapkan anak kita dalam pelbagai situasi yang akan datang.

Kita mesti melindungi diri dan keluarga kita daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kita.janganlah kita hanya berserah dan berpeluk tubuh..mulakan dari sekarang.

Pada zaman sekarang, kita perlu bersiap sedia menghadapi cabaran fitnah dajjal akhir zaman dan tidak mustahil kita dan anak-anak kita bakal berdepan dengan fitnah dajjal ini.

Perkara yang perlu kita pelajari dari sekarang adalah BERKUDA,MEMANAH dan SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT).

Kenapa?

Berkuda merupakan salah satu cabang pertahanan yang amat dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Apabila bergabung dangan memanah. ,maka ia menjadi disiplin seni bela diri yang tertinggi sekali.Silat pula, dapat meningkatkan jati diri kita dan anak-anak terutama mental dan fizikal. 

nanti saya cerita lagi yer.....bye..Assalamualaikum.


Khamis, 19 Ogos 2021

Hidup Bersederhana

Dalam zaman yang tidak menentu ini...rasanya perlu ke kita fikir untuk mendiami atau menyediakan rumah di luar bandar?..adakah di bandar selamat untuk kita sekiranya berlaku apa-apa bencana.

Untuk menyediakan tempat yang selamat , kita memerlukan rumah kedua untuk kita diami..kita dah boleh sedia dari sekarang.

Kita memerlukan tempat tinggal di luar bandar juga untuk bertahan dalam apa sahaja situasi yang bakal mendatang..kalau boleh carilah tempat tinggal berdekatan dengan banjaran titiwangsa.Kawasan yang di luar bandar itu mestilah berada di tempat tinggi , jauh dari bandar dan kita memerlukan bunker atau bilik bawah tanah untuk penyimpanan makanan serta tujuan keselamatan.kalau negara mat saleh dah lama diorang fikir tentang ini.

tempat yang kita hendak diami, kalau boleh biarlah tanah yang luas untuk kita bercucuk tanam dan menternak supaya kita tidak bergantung pada makanan yang sedia ada..nanti lama-lama akan habis.

nanti saya cerita lebih lanjut...bye.

Isnin, 16 Ogos 2021

Kepentingan Air

Kenapa air sangat penting? 

Manusia boleh hidup sekurang-kurangnya 3 hari TANPA AIR. begitu juga dengan tumbuhan dan haiwan.Semuanya memerlukan air.

Pada akhir zaman ini, AIR amat penting.Pada kehidupan harian biasa kita , banyak kegunaan air diperlukan..Tetapi kita perasan tak..bila air selalu ada..banyak pembaziran berlaku. kita suka membazir air seperti mandi terlalu lama,membasuh pinggan terlalu banyak dan kegunaan lain tanpa kita sedari..kalau tengok bil bulanan air..taklah banyak sangat bayarannya kan..tapi kita leka..pada masa akan datang..air akan menjadi terlalu penting. kita boleh minum, kita tak boleh basuh, kita tak boleh siram pokok dan kita tak boleh bersuci gunakan air..air akan menjadi terhad...

Apakah persediaan kita menghadapi keadaan ini...

Terdapat 3 sumber air utama yang perlu kita ketahui :

1) 1/3 dari langit

2) 1/3 dari daratan

3) 1/3 dari bawah tanah

INGATLAH!!!!.Pada akhir zaman nanti, 2/3 air akan hilang..kita akan mengalami kemarau yang teruk. Hujan tiada, Air di darat tiada...yang ada adalah air di bawah tanah..bersediakan kita ?


Sabtu, 14 Ogos 2021

PERSEDIAAN MAKANAN JANGKA PANJANG

Pada zaman yang tidak menentu sekarang, membuatkan kita sedikit takut dengan apa yang berlaku.kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang...tidak mustahil selepas ini akan berlaku pemutusan makanan...

Sebagai seorang muslim, marilah kita mengamalkan bersiap sedia untuk penyimpanan makanan dalam jangka panjang .

Senarai makanan yang boleh disimpan dalam jangka panjang :

1) Kurma

2) Madu

3) Habatussauda

4) Zaitun

5) Kismis

6) Minyak Kelapa Dara

7) Buah Tin

8) Buah-Buahan kering

9) Rempah Ratus

10) Kekacang

11) Beras

12) Tepung

13) Gula dan Garam

14) Pasta

15) Telur

16) Salaian

17) Makanan dalam Tin

18) Biskut

19) Bijirin

20) Cuka

21) Makanan Kering


BERSIAP SEDIA SEBELUM TERLAMBAT!!!!!!!

Jumaat, 13 Ogos 2021

BUG OUT BAG

 BUG OUT BAG????


Sekiranya berlaku kecemasan tidak diduga? apa kita perlu buat? tiba-tiba gempa bumi, banjir besar, terputus bekalan makanan atau bencana yang lain? apakah persediaan kita? takkan masa itu baru kita nak ambil tahu dan ambil tindakan....takutnya bila berlaku macam ni..

apa itu BUG OUT BAG?

Satu bag yang diperlukan untuk kita simpan semua perkakasan kecemasan dalam 1 bag.Bag yang digunakan tidak perlu bag seperti bag tentera..bag biasa pun ok..tapi boleh simpan pelbagai alat kecemasan kita....Bag ini mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika evacuation dr pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.


Ciri-ciri bag 

1) Kuat jahitan

2) Tahan lasak

3) Kalis air

Nanti saya akan bagi checklist apa yang perlu ada di dalam BUG OUT BAG...:)


Khamis, 12 Ogos 2021

1) MEMANAH

 Assalamualaikum semua,

Memanah adalah salah satu persediaan Fizikal yang di sarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kenapa memanah?


1. Sunnah Rasullah S.A.W

2. Riadah yang terbaik untuk fizikal dan mental kita

3. Zikrullah

4. Baik untuk otak, jantung dan paru-paru kita

5. Menghasilkan hormon serotonin apabila kita memanah

6. Pengubat stress dan imun tubuh badan kita

7. Membuatkan kita mempunyai mood gembira


Selasa, 10 Ogos 2021

KOLEKSI HALAQAH 2016

 SENARAI KOLEKSI HALAQAH (TV3)  MENGIKUT TAHUN


EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

EPISOD 8

EPISOD 9

EPISOD 10

EPISOD 11

EPISOD 12

EPISOD 13

EPISOD 14

EPISOD 15

EPISOD 16

EPISOD 17

EPISOD 18

EPISOD 19

EPISOD 20

EPISOD 21

EPISOD 22

EPISOD 23

EPISOD 24

EPISOD 25

EPISOD 26

EPISOD 27

EPISOD 28

EPISOD 29

EPISOD 30

CERAMAH AGAMA

Assalamualaikum Semua, 


kenapa perlu ceramah-ceramah agama sekarang? sb kita tak cukup ilmu didada..tapi ingat, kita perlu sentiasa pantau kuliah agama apa yang sesuai dengan kita..zaman sekarang banyak ceramah agama yang tak sesuai dan banyak persoalan? kita perlu cari yang betul -betul yang boleh memberi ilmu kepada kita.... bagi saya, saya suka ceramah agama yang betul mengikut quran dan sunnah.. 


kalau di Malaysia, saya suka Ceramah daripada Ustaz Syeikh Mohib Khouli. 



Zaman Mencabar bermula tahun 2020

Assalammualaikum semua, 

Di sini saya ingin mencoretkan satu perkara yang benar-benar berlaku pada zaman sekarang..Bermula tahun 2020, semua negara di dunia ini terpalit dengan serangan virus corona Virus (COVID -19) yang menggusarkan semua penduduk di seluruh dunia. Virus ini menyebabkan berlaku kesusahan kepada negara. bagi saya sebagai seorang Muslim, perkara ini amat diambil beratkan kerana di kira sudah masanya kita berada di FASA KEMUSNAHAN.Zaman yang dinantikan di dalam Al-Quran sudah tiba...zaman yang banyak pancaroba yang perlu ditempuhi sebagai makhluk ALLAH di atas muka bumi..Apa pun terjadi kita perlu teruskan jua untuk hidup di atas muka bumi ini selagi bernyawa..Apakah persiapan kita untuk menempuh dugaan ini? Antara yang perlu kita ambil kira adalah apakah persiapan kita untuk akhir zaman ini?banyak perkara perlu kita persiapkan di atas kemungkinan yang akan berlaku..Apakah tindakan kita sebagai seorang muslim? 


 Ya. perkara yang pertama yang perlu kita terapkan dalam jiwa kita adalah PERSEDIAAN MENTAL.bagaimana? . 

Perlu perbanyakkan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan mental yang sihat. 
- Mendengar ceramah tentang kisah akhir zaman.( Ceramah apa?) 
- Memerlukan buku dan rujukan berkaitan kekuatan iman ( Buku Apa?) 
- perlu belajar bertenang dan berfikir di bawah tekanan ( bagaimana?)
- Mendidik keluarga kita dengan agama. ( bagaimana?)
- Mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasullah . 
- Paling penting >>>SENTIASA INGAT ALLAH ITU ADA. bagaimana? 

 Inilah persoalan -persoalan yang sentiasa kita ingin tahu? nanti saya kupas satu-satu...saya juga sentiasa mencari-mencari apakah ilmu yang perlu saya ada dan praktikkan untuk zaman sekarang..Perlu ingat ....bukan untuk kita sahaja, untuk keluarga kita..untuk umat islam di atas muka bumi ini......