Ahad, 16 November 2014

Motivasi Guru : Budaya Kerja Cemerlang

Slot Ladap 2:  Motivasi Guru : Budaya Kerja Cemerlang
Oleh
Dr.Tajulddin Bin Mohammad
Pegawai SIP
PPD Kuala Terengganu. 


Bukan senang menjadi guru...guru perlu menambah pengetahuan dari semasa ke semasa selaras dengan kehidupan semasa pelajar sekarang..untuk menjadi guru juga,,,perlukan semangat yang lebih bagi menarik pelajar supaya ilmu yang kita sampaikan itu berkesan dan diperolehi oleh pelajar....susah nak tackle pelajar sekarang..kena main emosi...huh letih lor...bukan setakat pelajar sahaja kena motivasi,,guru pun kena motivasi...semangat;;semangat....teruskan usaha anda untuk anak bangsa....chaiyok ahhhhh..

Di sini disertakan presentation Dr. Tajulddin untuk semua guru...

sila klik di bawah untuk download :

Budaya Guru Cemerlang.

semoga mendapatkan input dan motivasi kepada semua guru...

Sabtu, 15 November 2014

Cara guna Youtube

 Kursus Ladap Sekolah kali ke-4 - 15/11/2014

Ini adalah cara penggunaan Youtube yang boleh di gunakan untuk pembelajaran pelajar sekolah.Zaman sekarang zaman canggih..pelbagai cara/kaedah boleh digunakan untuk menarik pelajar meminati sesuatu subjek yang diajar oleh guru.
Modul ini adalah daripada :
Dr.Tajulddin Bin Mohammad
Pegawai SIP
PPD Kuala Terengganu.


GOOD LUCK FOR TEACHER..Happy to use it...

KLIK Modul di bawah :

Modul 1-install youtube downloader

Modul 2 - Download video youtube

Modul 3 - upload Video ke Youtube 

MODUL 4-Teknik edit fail diYouTube

youtube course SMK Sultan Mansor

Ahad, 7 September 2014

Penjagaan Rumah



 Assalamualaikum,

Macam mana hari ini...sudah settle mengemas rumah...kalau ikutkan hari-hari ada saja keje rumah perlu dihabiskan. membasuh baju, membasuh pinggan mangkuk dan mengemas rumah..hari-hari itulah kerja seorang isteri dan wanita...kalau tak kemas mesti serabut tengok rumah..yang ada anak lagilah...
Mengenai produk penjagaan rumah sekarang, ramai yang memang lebih suka membeli di pasar raya kerana lebih mudah dan senang untuk dibeli bersama-sama barangan lain, tetapi adakah anda melihat kesahihan kehalalannya, yang penting dapat harga murah dan praktikal. saya pun terfikir juga macam tu...tapi semenjak keluar citer pasal coklat ' cadbury' barulah terfikir nak beli produk bumiputera lagi halal..emm..pastu survey dalam internet produk bumiputera berkenanlah dengan produk muslimah manufacturing.memang berbaloi, memang puas hati pakai dan murah...antara produk yang menarik dan wajib ada pada setiap rumah adalah :

1) Pencuci baju
2) Pelembut kain
3) Pencuci Pinggan mangkuk

untuk melihat produk penjagaan rumah yang saya guna sila lah ke link :

Sabtu, 16 Ogos 2014

Tips Mengemas Bilik Tidur


Mengemas bilik tidur? alahai kalau hari bekerja memang susah nak kemas? bangun tidur terus mandi dan pergi kerja..memang tak sempat nak kemas apatah lagi nak kemaskan katil..kalau ada bibik kan senang..tapi bagaimana yang tak ada bibik..kitalah yang kena kemas sendiri. Di sini saya bagi tips supaya bilik kita sentiasa bersih dan kemas sentiasa.

Barang-barang yang perlu sebelum kerja membersih dilakukan:
 

Bakul sampah/beg sampah
Vakum/penyedut habuk
penyapu
tuala lembap
baldi dan air
pemyembur atau air pencuci
sarung tangan getah
penyegar bilik




Langkah -langkah mengemas bilik


1. Kenalpasti barang-barang mengikut jenis-jenis, seperti seluar baju, buku, alat tulis, sampah sarap, bahan yang tak perlu dan sebagainya dan bersihkan mengikut kategori barang2 tadi.


2.Tumpukan pada satu sudut pada satu masa, ini akan memudahkan kerja dan lebih tersusun. Siapkan satu sudut dahulu sebelum beralih ke ruang lain pula.
(memang kita rasa nak cepat buat atau nak sudahkan mengemas bilik..sampai tak tau nak mula kat mana dulu..apabila semangat nak mengemas tu datang dlm diri :)  ) semua nak buat sekali gus.

Anda boleh tumpukan pada kerja kerja yang dirasa perlu dan penting terlebih dulu, contohnya membersih dan longgokan baju atau pakaian kemudian beralih kepada benda yang lebih kecil seperti mengemas barang barang kecil yang bertabur di dalam bilik. 

3. Boleh tetapkan masa pukul berapa anda perlu sudahkan setiap kerja membersih dan mengemas.

4. Bersih atau kemaskan cadar katil, jika perlu, salinlah cadar yang lama dan berbau. Buang segala barang atau sampah yang memberi bau busuk di dalam bilik.

Cadangan : Semua baju kotor di letakkan di ruang dobi di luar bilik supaya bilik kita tidak berbau hapak. 
wujudkan ruang di dalam bilik . Ruang membaca untuk buku2, alatulis dan segala yang berkaitan dengan fail dsb. Almari di dalam bilik , diletakkan didalamnya tuala mandi, cadar, sarung bantal , koleksi beg tangan dan perhiasan diri.

5. Sediakan vakum atau penyedut habuk, sapu dan lap habuk di dalam bilik, pastikan tingkap dibuka.
Tutup dulu kipas supaya habuk tidak beterbangan.

Lap dan buang dahulu habuk habuk di kipas atau habuk di bahagian atas ruangan bilik sebelum anda membersihkan bahagian lantai.
* Gunakan tuala atau kain lembap supaya habuk tidak beterbangan di dalam bilik.

6. Sembur penyegar bilik, pewangi aroma atau titiskan pewangi aroma di atas mentol lampu tidur, supaya haruman dikeluarkan semasa lampu tidur dibuka. Bilik akan lebih wangi dan segar.


Sentiasa pastikan bilik anda bersih , beberapa tip boleh dilaksanakan

Sebagai rutin harian dan ia tidak membebankan atau memenatkan diri sepanjang masa..contohnya:



1.Sediakan bakul sampah supaya anda tidak membuang sampah merata-rata.

2.Letak buku di rak yang disediakan, letak alat tulis dan pen di dalam bekas khas.

3.Simpan benda benda kecil seperti pin, pemadam, pelekat dan lain-lain di tempat khas.

4.Simpan barang barang yang kerap diguna di tempat yang mudah dicari dan simpan lah barang yang jarang diguna di tempat lain.
5.Jadikan lah semua tip tup ni sebagai rutin harian supaya ia tidak memenatkan diri setiap masa atau setiap hujung minggu.


Selamat mengemas : )

Isnin, 11 Ogos 2014

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung





Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari. Harap-harap janganlah anda berperasaan begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.


Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurn dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu.



Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang petaka kepada rambut anda sendiri.Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

 1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.


2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.

Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.

3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenuhya . Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.