Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa
tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih
Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya
tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud
sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir
dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
InsyaAllah, saya akan amalkan cara begini untuk diri sendiri dan anak-anak..Anda bagaimana?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan