Sabtu, 16 Ogos 2014

Tips Mengemas Bilik Tidur


Mengemas bilik tidur? alahai kalau hari bekerja memang susah nak kemas? bangun tidur terus mandi dan pergi kerja..memang tak sempat nak kemas apatah lagi nak kemaskan katil..kalau ada bibik kan senang..tapi bagaimana yang tak ada bibik..kitalah yang kena kemas sendiri. Di sini saya bagi tips supaya bilik kita sentiasa bersih dan kemas sentiasa.

Barang-barang yang perlu sebelum kerja membersih dilakukan:
 

Bakul sampah/beg sampah
Vakum/penyedut habuk
penyapu
tuala lembap
baldi dan air
pemyembur atau air pencuci
sarung tangan getah
penyegar bilik




Langkah -langkah mengemas bilik


1. Kenalpasti barang-barang mengikut jenis-jenis, seperti seluar baju, buku, alat tulis, sampah sarap, bahan yang tak perlu dan sebagainya dan bersihkan mengikut kategori barang2 tadi.


2.Tumpukan pada satu sudut pada satu masa, ini akan memudahkan kerja dan lebih tersusun. Siapkan satu sudut dahulu sebelum beralih ke ruang lain pula.
(memang kita rasa nak cepat buat atau nak sudahkan mengemas bilik..sampai tak tau nak mula kat mana dulu..apabila semangat nak mengemas tu datang dlm diri :)  ) semua nak buat sekali gus.

Anda boleh tumpukan pada kerja kerja yang dirasa perlu dan penting terlebih dulu, contohnya membersih dan longgokan baju atau pakaian kemudian beralih kepada benda yang lebih kecil seperti mengemas barang barang kecil yang bertabur di dalam bilik. 

3. Boleh tetapkan masa pukul berapa anda perlu sudahkan setiap kerja membersih dan mengemas.

4. Bersih atau kemaskan cadar katil, jika perlu, salinlah cadar yang lama dan berbau. Buang segala barang atau sampah yang memberi bau busuk di dalam bilik.

Cadangan : Semua baju kotor di letakkan di ruang dobi di luar bilik supaya bilik kita tidak berbau hapak. 
wujudkan ruang di dalam bilik . Ruang membaca untuk buku2, alatulis dan segala yang berkaitan dengan fail dsb. Almari di dalam bilik , diletakkan didalamnya tuala mandi, cadar, sarung bantal , koleksi beg tangan dan perhiasan diri.

5. Sediakan vakum atau penyedut habuk, sapu dan lap habuk di dalam bilik, pastikan tingkap dibuka.
Tutup dulu kipas supaya habuk tidak beterbangan.

Lap dan buang dahulu habuk habuk di kipas atau habuk di bahagian atas ruangan bilik sebelum anda membersihkan bahagian lantai.
* Gunakan tuala atau kain lembap supaya habuk tidak beterbangan di dalam bilik.

6. Sembur penyegar bilik, pewangi aroma atau titiskan pewangi aroma di atas mentol lampu tidur, supaya haruman dikeluarkan semasa lampu tidur dibuka. Bilik akan lebih wangi dan segar.


Sentiasa pastikan bilik anda bersih , beberapa tip boleh dilaksanakan

Sebagai rutin harian dan ia tidak membebankan atau memenatkan diri sepanjang masa..contohnya:



1.Sediakan bakul sampah supaya anda tidak membuang sampah merata-rata.

2.Letak buku di rak yang disediakan, letak alat tulis dan pen di dalam bekas khas.

3.Simpan benda benda kecil seperti pin, pemadam, pelekat dan lain-lain di tempat khas.

4.Simpan barang barang yang kerap diguna di tempat yang mudah dicari dan simpan lah barang yang jarang diguna di tempat lain.
5.Jadikan lah semua tip tup ni sebagai rutin harian supaya ia tidak memenatkan diri setiap masa atau setiap hujung minggu.


Selamat mengemas : )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan