Khamis, 2 September 2021

Duit ( Money)

Duit? pentingkah duit ni untuk kita...ramai cakap tak ada duit susah hidup.Duit buat orang boleh jadi gila.Duit boleh buat tertekan..duit boleh buat nafsu membeli berkobar2 ..tanpa duit manusia boleh hidup tak.Bila banyak duit, nafsu menjadi-jadi..tak sayang duit..beli macam-macam ikut kehendak kita. Tak de duit..nafsu kena sekat.nak beli apa2 tak dapat..stress.....


Kalau nak DUIT kenalah lakukan perkara2 berikut....

1) Doa - berdoalah kepada ALLAH s.w.t.
2) Usaha - berusahalah dengan bersungguh-sungguh mendapatkan apa yang diinginkan.
3) Istiqamah - hendaklah berdoa dan berusaha dengan istiqamah.
4) Tawakkal - setelah berdoa dan berusaha dengan istiqamah, hendaklah bertawakkal
(berserah diri) kepada Allah.
Walau bagaimana pun, duit bukanlah segala2nya dalam kehidupan kita. Ia hanyalah alat untuk mendapatkan apa yang kita ingini.


Ramai orang nak duit,,,mesti cari duit..bila dah dapat duit..ramai tak tahu nak urus duit..sebagai seorang muslim, carilah duit dengan jalan HALAL.macam mana nak duit kita cari ni berkat ....


1) CUCI DUIT 

- dah dapat gaji, kita mesti bagi dulu kepada ibu bapa kita walaupun sedikit

- Bayar Zakat >>>simpan sikit duit kita untuk bayar zakat.

2) LINDUNG DUIT 

- Simpan duit kita dalam tabung ketenangan ( kecemasan) 

- kalau boleh simpanan duit kita itu untuk hal-hal kecemasan sahaja.

- simpan dalam bank yang susah nak ambil duit..pakai buku jer..pakai ATM kad dan banking online  cepat habis. 1 bank jadilah..Tabung Haji boleh jugak.


3) GANDA DUIT

- beli saham, ASB , emas dll untuk gandakan duit kita. ( nanti kita bincang kemudian)

4) AGIH DUIT

- Mesti pandai berjimat dan berbelanja.Jangan ikut nafsu jer..kena pandai berjimat.contohnya makanan, dan pembelian aset.